Pengkhianatan Seorang Guru melahirkan golongan.......
1. Seorang pegawai tinggi kehilangan punca,
Memperkuda kuasa dan memperkosa etika
Demi mengejar kedudukan harta.
2. Seorang wartawan berlawan kata,
Menabur fitnah dan mengadu domba
Untuk kepentingan diri yang hina.
3. Seorang peguam memutar belit fakta,
Sehinggakan terbela penista dan pendusta.
Menjadikan mereka kian bermaharajalela.
4. Seorang jurutera binaannya tersungkur
Akibat lakarannya yang sombong dan takbur
Penuh rasuah dan tipu helah yang kufur.
5. Seorang saintis menemui viagra
Demi mengejar kemasyuran nama
Serta keuntungan semerta dan laba berganda.
6. Seorang akauntan melesapkan harta
Memperkosa amanah bangsa dan negara
Demi memenuhi tembolok yang haloba.
7. Seorang usahawan pengedar dadah
Bagi mendapatkan kekeyaan yang mudah
Tanpa mengira akibat dan padah.
8. Seorang pengurus tidak bertenaga
Menduduki puncak yang tidak bertangga
Menerusi talam yang bermuka dua.
9. Seorang pendidik gagap berbicara
Disebabkan penghayatan yang tidak bertenaga
Bersikap dan mengamal makan gaji buta.
10. Seorang graduan malas bekerja
Lantaran riak dan sombong yang sia-sia
Mengharapkan pangkat dan gaji selesa.
11. Seorang imam diberkas dan dibicara
Lantaran terpesona bujukan iblis durjana
Melakukan maksiat yang keji dan hina.
12. Seorang suami perompak berwibawa
Melakukan kemungkaran menyara keluarga
Tanpa menghiraukan pahala dan dosa.
13. Seorang isteri pelacur kelas pertama
Di hadapan suami berlagak setia
Manakala di belakang curang dan derhaka.
14. Semua orang bermaharajalela
Beraja di hati bersultan di mata
Meneroka kerosakan di mana sahaja
Sumber: Buku Guru Bestari Pelajar Jauhari.
Begitulah besarnya pengaruh pendidikan seorang guru. Walaupun pendidikan itu bermula dari rumah, tetapi pendidikan guru juga ada sahamnya kepada pembentukan sahsiah generasi sekarang.
ReplyDelete