Monday 30 April 2012

REFLEKSI PENGAJARAN


REFLEKSI PEMBELAJARAN UNTUK MAKROPENGAJARAN


PENDAHULUAN

           Refleksi  ini  adalah  berdasarkan  pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada  hari  Khamis  bersamaan   26   April  2012  di kelas   2 Fokus  yang  melibatkan  seramai  35  orang  murid.  Kata  Nama  Am  menjadi  topik  pilihan.  Sewaktu  menjalankan  sesi  pengajaran  dan  pembelajaran,  saya  telah  memohon  kerjasama  mentor  saya,  Pn  Saudah  Osman (  Guru  Penolong  Kanan  Khas)  untuk memantau  sesi  pengajaran  dan  pembelajaran  ini.  Berikut  adalah  maklumbalas  yang  saya  terima.

KEKUATAN

 Suara  yang lantang dan jelas  memudahkan murid-murid memahami apa yang disampaikan.  Nada  yang  lembut  tetapi  tegas ketika mengajar  dapat  membantu  murid  fokus  terhadap  pelajaran dan  keperihatinan  guru  pada  situasi  sekelilingnya  dapat  memastikan  murid-murid  tidak  alpa  dan  bermain  di  dalam  kelas. Guru  juga  dilihat  sentiasa  berinteraksi  dengan  murid  dan  sentiasa  mendapat  maklumbalas  yang  cepat  dari  murid.   Selain itu, murid-murid  kelihatan  seronok dan  terlibat  secara  aktif  ketika aktiviti   pembelajaran  berlaku.  Murid-murid  di  kelas  ini dapat menerima penerangan dengan baik sekali  dan  dapat memberi  respon  yang  baik dan saya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan.

 Alat  bantu  mengajar  yang  digunakan  amat  jelas,  mudah  dilihat  dan  dibaca  serta  tidak  melupakan  aspek  penonjolan  bagi  mencapai  maksud  dan  tujuan.  Pada  lirik  lagu,  kata  nama  am  yang  ingin  digunakan,  diberikan  penonjolan  yang  amat  baik  sekali.  Begitu  juga  bagi  kad-kad  perkataan  yang  digunakan  telah  ditulis  dengan  2  warna  yang  berbeza  mengikut  suku  kata  agar  mudah  murid  hendak  mengeja  perkataan  tersebut.  Tajuk  yang  ingin  ditonjolkan  pula  telah  diberi  penekanan  terhadap  warna  latar  belakang  kad.  Kad  yang  disusun  sebegitu  rapi  memudahkan  murid  memahami  objektif  aktiviti  yang  ingin  dijalankan.

Aktiviti  berkumpulan  membolehkan  murid  membentuk  sikap  bekerjasama,  bertolak  ansur  dan  boleh  menerima  pendapat  orang  lain.  Melalui  aktiviti  berkumpulan  ini  dapat  dilihat  dengan  jelas  bahawa  mereka  mempunyai  sikap  bekerjasama,  tolong  menolong  dan  rela  menerima  pendapat  kawan-kawannya  dalam  menyiapkan  tugasan  yang  diberi  dalam  masa  yang  singkat.  Persaingan  untuk  menjadi  yang  pertama  telah  menguatkan  lagi  semangat  kerja  berkumpulan.


KELEMAHAN

          Antara  kelemahan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah  guru  tidak  menulis  hari,  tajuk  dan  tarikh.  Justeru  itu  tidak  hairanlah  jika  di akhir  pelajaran  masih  ada murid  yang  agak  keliru  apabila  ditanya  tentang  apa  yang  mereka  pelajari  pada  hari  tersebut.  Tiada  penglibatan  secara  individu  dalam  bacaan  dilakukan.  Murid  hanya  diminta  membaca  secara  beramai-ramai.  Kadangkala  guru  lupa menyebut  nama  murid  ketika  meminta  murid  menjawab  soalan.  Soaljawab  antara  guru  dengan  murid  secara  individu  juga  dilihat  kurang  dilakukan.  Murid  dilihat  suka  menjawab  secara  beramai-ramai.  


Cara Mengatasi


           Setiap  kelemahan-kelemahan yang  dikesan  perlu  diambil  serius  dan  diatasi  dengan  melakukan   penambahbaikan  untuk   meningkatkan  kualiti  pengajaran  dan  pembelajaran. Saya  seharusnya  ingat  untuk  menulis  hari,  tajuk  dan  tarikh  di  papan  tulis  sebagai  langkah  awal  untuk  murid  mengetahui  apa  yang  bakal  dipelajarinya  nanti.  Saya  juga  harus  member  peluang  kepada  beberapa  orang  murid  untuk  membaca  secara  individu.  Dengan  cara  ini  saya  boleh  mengesan  kebolehan  membaca  seseorang  murid  dengan  lebih  tepat.  Saya   juga  harus  lebih  prihatin  ketika  sesi soal jawab yang berlaku antara guru dengan  murid  terutamanya  penyoalan  secara  individu. Saya  seharusnya  ingat  nama  semua  murid.

          Walaupun   kaedah  yang  saya  gunakan  membolehkan  objektif  pengajaran  saya  tercapai,  saya  amat  berharap  di masa yang akan datang, saya akan pelbagaikan lagi kaedah-kaedah   yang  lebih  menarik  agar  murid-murid  dapat  memahami  sesuatu  topik  dengan   lebih jelas dan terperinci lagi. Diharapkan  kaedah  dan  teknik  yang  pelbagai akan  menjadikan  pengajaran  itu  menarik  dan  akan   member ruang  untuk  membolehkan  pelajar terlibat  secara  aktif  sepanjang sesi  pengajaran  tanpa  rasa jemu  dan bosan di  samping boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

RPH BAHASA MELAYU


KOMPONEN  7  :  RANCANGAN  PENGAJARAN  HARIAN
Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh / Hari:   26  April  2012 ( Khamis )                                    
 Masa :  4.40 petang – 5.40   petang
( 60 minit )
Kelas  :   2  Fokus                                                                        Bil. Pelajar :  35  orang
Mata pelajaran :    Bahasa  Malaysia
Tajuk :    Kata  Nama  Am
Objektif :   Pada akhir  pengajaran,  murid dapat :
a)       Mengecam   Kata  Nama  Am  dalam  lirik  lagu.
b)       Membaca  dan  menyenaraikan  Kata  Nama  Am  mengikut  kategori.
c)       Menyenaraikan  Kata  Nama  Am  mengikut  kategori  pada  lembaran  kerja  yang  diedarkan.


Pengetahuan Sedia Ada :  a)  Murid  sudah  boleh  mengeja dan  menyalin  perkataan.
                                          b)   Murid  pernah  mempelajari  kata  nama  am  secara  asas  di  tadika.

Konsep :     Kebersihan  tanggungjawab  semua  orang. 
                  
Bahan :       Lirik  lagu,  kad  perkataan  dan  lembaran  kerja.

Nilai :   Bekerjasama  dan  berdikari.

 Kemahiran :   a)  Mengecam  perkataan.
                        b)  Mengumpul  dan  mengelas  perkataan
                        c)  Menyalin  perkataan dengan betul.




Langkah/masa
Isi  Pelajaran
Aktiviti  Pengajaran  Pembelajaran
Catatan


Aktiviti  Guru
Aktiviti  Murid


Set   Induksi /  Mencungkil  idea

( 7  minit )


Membaca  senikata  lagu


Membimbing  murid  membaca  dan  menyanyikan  lagu  kebersihan.

Murid menyanyikan  lagu  kebersihan

Teknik  :  Menyanyikan  lagu secara  berkumpulan

Berdasarkan  lirik  lagu

Perkembangan

Fasa 1
( 10  minit )





Fasa 2
( 15  minit )


















Fasa 3
(  20  minit )

Penerangan  tentang  Kata  Nama  Am.







Menyebut   kad-kad  Kata  Nama  Am



Mengkelasifikasikan  Kata  Nama  Am  ke  dalam  kategori  yang  betul.











Mengkelasifikasikan  Kata  Nama  Am  ke  dalam  kategori  yang  betul.











Pentaksiran
·         Pengkelasan
·         Padanan  gambar  dan  perkataan.

Meminta  murid  menamakan  Kata  Nama  Am  yang  terdapat  dalam  lirik  lagu.




Guru   menyebut   kad-kad  Kata  Nama  Am  yang  ditunjukkan.


Guru  meminta  murid  secara  rawak  untuk  mengambil  kad  yang  berada  di  dalam  bakul  yang  disediakan,  menyebutnya   dan  menampalkannya  mengikut  kategori  yang  betul.






Guru  meminta  murid  secara  berkumpulan  berbincang  dan  menulis  kata  nama  am  ke  dalam kategori  yang  betul.


Guru  menyemak  dan  memberi  markah  kepada  lembaran  kerja  yang  dihasilkan.



Mengedarkan lembaran kerja dan memberi penerangan



Menamakan  Kata  Nama  Am  yang  terdapat  dalam  senikata  lagu





Murid  menyebut  kad –kad  Kata  Nama  Am  yang  ditunjukkan  oleh  guru.

Murid  yang  dipanggil  akan  memilih  satu  kad,  menyebutnya  dan  menampalkannya  mengikut  kategori  yang  betul.



Murid  membaca  kad  Kad  Kata  Nama  Am  mengikut  kategori  secara  kelas.


Setiap  kumpulan  berbincang  dan  mengkelaskan  kata  nama  am  yang  ada  ke  tempat  yang  betul.



Wakil  setiap  kumpulan  membacakan  jawapan  hasil  perbincangan  dalam  kumpulan  mereka.


Menyiapkan lembaran kerja dengan betul sepertimana yang telah diterangkan oleh guru.



Teknik:
Membatangkan  perkataan  menggunakan
Kad Perkataan
( Power Point )

Berdasarkan  Lirik  lagu

Berdasarkan  Kad  Kata  Nama  Am.


















Berdasarkan  lembaran  kerja.
Gerakerja  berkumpulan











Gerakerja  individu  di  dalam  kumpulan.


Penutup
( 8  minit )



Membuat  rumusan

Meminta murid  menyatakan  apa  yang  mereka  pelajari.

Murid   menyatakan  hasil  pembelajaran  mereka.

Merujuk  kepada  daya  ingatan  terhadap  apa  yang  dipelajari.



Refleksi:     Masih  ada  murid   yang  keliru  dalam  mengkelasifikasikan  kata  nama  am  kepada  kategori  yang  betul  walaupun  mereka   dapat  memadankan  beberapa  perkataan  kepada  gambar  dengan  betul.

Friday 27 April 2012

Fahamilah jiwa kanak-kanak


           Kasih  sayang adalah fitrah dalam diri manusia dan ia adalah  sumber  kebahagiaan.  Ia  tidak  terhad  kepada  manusia  sahaja malahan ia boleh diperluaskan kepada haiwan, tumbuhan dan objek-objek tidak bernyawa.  Kata-kata  ini  perlu  difahami  dan  dihayati:

 
  • If a child lives with acceptance and friendship,
  • He learns to find love in the world
  • If a child learns with encouragement, he learns confidence,
  • If a child lives with praise, he learns to appreaciate,
  • If a child lives with approval, he learns to like himself.
  • If a child lives with criticism, he learns to condemn,
  • If a child lives with hostility, he learns to fight
  • If a child lives with ridicule, he learns to be shy

           Dari  bait-bait  di  atas,  nyatalah  bahawa  para pendidik perlu mempunyai tanggapan positif  terhadap pelajar-pelajar untuk membentuk sekolah penyayang.  Setiap anak boleh  dididik  dan setiap anak berhak mendapatkan pendidikan.  Setiap anak  berpotensi untuk belajar  dan  mencapai  kecemerlangan. Adalah  menjadi  tugas  guru  untuk  mengesan  dan  memperkembangkan  potensi pelajar ke tahap maksimum. Jika pelajar dididik secara positif, mereka akan memiliki kepercayaan dan keyakinan terhadap diri sendiri  bertepatan  dengan  slogan  "Sekolahku Rumahku Syurgaku".  Akhirnya, mereka akan cintakan guru, ilmu dan sekolah