Friday, 27 April 2012

Fahamilah jiwa kanak-kanak


           Kasih  sayang adalah fitrah dalam diri manusia dan ia adalah  sumber  kebahagiaan.  Ia  tidak  terhad  kepada  manusia  sahaja malahan ia boleh diperluaskan kepada haiwan, tumbuhan dan objek-objek tidak bernyawa.  Kata-kata  ini  perlu  difahami  dan  dihayati:

 
  • If a child lives with acceptance and friendship,
  • He learns to find love in the world
  • If a child learns with encouragement, he learns confidence,
  • If a child lives with praise, he learns to appreaciate,
  • If a child lives with approval, he learns to like himself.
  • If a child lives with criticism, he learns to condemn,
  • If a child lives with hostility, he learns to fight
  • If a child lives with ridicule, he learns to be shy

           Dari  bait-bait  di  atas,  nyatalah  bahawa  para pendidik perlu mempunyai tanggapan positif  terhadap pelajar-pelajar untuk membentuk sekolah penyayang.  Setiap anak boleh  dididik  dan setiap anak berhak mendapatkan pendidikan.  Setiap anak  berpotensi untuk belajar  dan  mencapai  kecemerlangan. Adalah  menjadi  tugas  guru  untuk  mengesan  dan  memperkembangkan  potensi pelajar ke tahap maksimum. Jika pelajar dididik secara positif, mereka akan memiliki kepercayaan dan keyakinan terhadap diri sendiri  bertepatan  dengan  slogan  "Sekolahku Rumahku Syurgaku".  Akhirnya, mereka akan cintakan guru, ilmu dan sekolah

No comments:

Post a Comment